Skip to main content

Posts

Featured

PENGALAMAN BERCUTI DI DESARU,KOTA TINGGI,JOHOR.

Pada cuti semester akhir 2019, saya berkesempatan untuk meluangkan masa bersama keluarga saya bercuti di Desaru, Kota Tinggi. Namun, percutian kami kali ini agak sepi tanpa kelibat bapa saya yang perlu berkerja ketika itu. Percutian kami di sana mengambil masa selama 3 hari 2 malam bermula dari 18 Disember sehingga 20 Disember. Pasti kalian semua tertanya mengapa saya mula bercuti pada pertengahan Disember, bukan? Kami sekeluarga memilih tarikh tersebut kerana emak saya berkerja bersama syarikat swasta. Oleh sebab yang demikian, emak saya menetapkan tarikh tersebut untuk kami sekeluarga meluangkan masa bersama.  Baiklah, kami mula bertolak dari rumah yang terletak di Johor Bahru bermula jam 11 tengahari dan tiba di sana kira-kira jam 1.30 tengahari. Kemudian, kami bersiar-siar terlebih dahulu di sekitar kawasan pantai desaru sebelum daftar masuk hotel. Pada jam 2 petang, kami pun mendaftar masuk hotel yang kami inap iaitu di Lotus Desaru Beach Resort. Setelah menda...

Latest Posts